Monday, November 16, 2009

TEAMBUILDING NISA’ SABAH 09

KOTA KINABALU, 8 November; Program Teambuilding Nisa’ Sabah 2009 telah diadakan bermula 6 November hingga 8 November 09 yang lalu bertempat di Marina Court Kota Kinabalu.


Program ini dianjurkan oleh Nisa’ Sabah dan dihadiri oleh wakil Nisa’ setiap kawasan Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kudat. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan dari Nisa’ Pusat yang banyak berkongsi idea, ilmu dan pengalaman.

wakil NISA' KB

Diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi dimasa akan datang untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli Nisa’. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran dan keredhaan Allah semata.

riadhah petang

Thursday, November 5, 2009

Wanita Penarik Lelaki ke NERAKA

Assalamualaikum wbt.

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?

Na'uzubillah.


Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah/ suami/ abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar firman ALLAH S.W.T.:-


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."


Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Wassalam.

Friday, October 9, 2009

Salam Syawal 1430H


Salam 'Eidul Fitri buat semua warga NISA'. Maafkan segala silap dan salah. Moga beroleh keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
Semoga syawal ini dapat mengeratkan ukhwah dengan saling ziarah menziarahi.
ERATKAN UKHUWWAH MANTAPKAN GERAK KERJA!

Pengumuman Penting Buat Semua AJK(Penggerak) NISA Seluruh Sabah

Assalamualaikum wwt..

Pengumuman ini ditujukan khas buat semua AJK Penggerak NISA di seluruh Sabah [yang masih berada dalam liputan - dalam n luar negeri]. NISA Team Building Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6-8hb November 2009
Bertempat di Kota Kinabalu (tempat spesifik akan dimaklumkan kemudian)

Justeru itu, [memandangkan capaian yang terlalu luas ("_,) ] kami war-warkan di sini sekali lagi untuk makluman dan tindakan semua AJK NISA Negeri Sabah. Sila berhubung dengan AJK Perhubungan di talian 0148618318 (Sdri Fatmawaty) untuk maklumat lanjut. Atau boleh terus kepada Pengarah Program, Puan Nur Khairani di talian 0169441862.

~Jangan ada segan, jangan ada malu.. Mari rapat, mari dekat~
NISA Connecting Youth

sumber: http://nisasabah.blogspot.com

Thursday, May 7, 2009

Pesanan Buat Teman


Buat Teman-Temanku yg Diingati...

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jka rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
pandai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..


Wassalam

-----------------

Dunia adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam, justeru itu sediakanlah perahu untuk belayar dan ia adalah taqwa kepada Allah.
-Luqmanul Hakim


RockYou FXText