Friday, May 28, 2010

Facebook Menghina RasuluLlah, Boikot Facebook!!


KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW.


Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.


Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.


Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW.

" Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW. (Sumber : http://www.pmram.org )


Pakistan: Kuasa perundangan menutup 'facebook' kerana karikatur menghina

Mahkamah Pakistan hari ini memerintahkan Kerajaan Pakistan menutup satu laman sosial yang popular, iaitu 'facebook' buat sementara waktu setelah membangkitkan ketidakpuasan berikutan wujudnya pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dalam laman itu.

Sumber Pakistan menyebut, mahkamah tinggi di Lahore, Pakistan yang terletak di timur Negara itu telah mengeluarkan ketetapan yang diminta oleh gerakan peguam muslim. Berikutan itu, mahkamah telah membuat desakan kepada kerajaan Pakistan natijah dari masalah pertandingan yang dicetuskan di peringkat dunia.


Sumber menjelaskan, ketetapan tersebut adalah desakan dari peguam-peguam yang menjelaskan pertandingan memburukkan Islam dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei. Pertandingan yang digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman facebook telah menyakiti perasaan kerana ia bersifat keagamaan. Tambahan pula, 45 juta penduduk Pakistan menggunakan facebook.

Chowdry Zulfaqar, peguam yang menyuarakan desakan berkata, "Mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada kerajaan bagi menutup laman web sosial facebook di Pakistan sehingga 31 Mei ini".

Tambah beliau, 'sekiranya permintaan yang telah dikemukakan kepada mahkamah tidak ada satu tindakan yang munasabah dibuat bagi menentang apa yang tertera dalam facebook, maka protes bantahan secara meluas boleh tercetus di Pakistan sebagaimana yang berlaku pada tahun 2006. Pada tahun tersebut, satu tunjuk perasaan besar-besaran telah diadakan di Pakistan kerana membantah dua buah akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW'. Sumber 19/05/2010, web berita Islamtoday.net.

p/s: Lancarkan kempen boikot facebook dari sekarang! Boikot berstrategi untuk tidak log in selama seminggu!! Bermula (20hb hingga 27hb Mei 2010) untuk sesi pertama!!!

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText