Friday, February 26, 2010

salam maulidur Rasul 1431H


Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung serita yang kau rasa

Senyuman yang menteteramkan jiwa

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita

Dipangkuan isterimu Humaira’

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu dimuka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi umat merelakan jua

Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu...


Friday, January 1, 2010

NEW YEAR 2010!


Selamat menyambut tahun baru 2010 Masihi & 1431H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Sematkan azam baru di sanubari.

Monday, November 16, 2009

TEAMBUILDING NISA’ SABAH 09

KOTA KINABALU, 8 November; Program Teambuilding Nisa’ Sabah 2009 telah diadakan bermula 6 November hingga 8 November 09 yang lalu bertempat di Marina Court Kota Kinabalu.


Program ini dianjurkan oleh Nisa’ Sabah dan dihadiri oleh wakil Nisa’ setiap kawasan Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kudat. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan dari Nisa’ Pusat yang banyak berkongsi idea, ilmu dan pengalaman.

wakil NISA' KB

Diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi dimasa akan datang untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli Nisa’. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran dan keredhaan Allah semata.

riadhah petang


RockYou FXText