Saturday, August 20, 2011

Air Mata BERSIH


Butir-butir mutiara
Berkilauan memantulkan cahaya
Menitis perlahan-lahan
Membasahi wajah nan sayu

Mengapa engkau mengalir
Adakah dek kerana asap
Asap yang menyeksa mata
Asap yang mengazab tekak

Atau hati ini lemah
Lantaran putus asa dan menyesal
Salahkah kaki yang melangkah
Silapkah mulut yang bersuara

Atau hati ini kecewa
Sedih melihat nasib bangsa
Dihimpit dan dizalimi
Dinista dan diperdaya

Dimanakah keadilan
Dimanakah kebebasan
Dimanakah hak rakyat
Segalanya diperkosa dengan rakus

Ayuh bangun dan bangkit
Usah persia butir mutiara ini
Biarkan ia mengalir suci
Tanda keikhlasan hati

Air mata inilah
Yang akan membersihkan sanubari
Yang akan menjernihkan pandangan
Yang akan meluruskan penilaian

Air mata inilah
Bukti kasih dan sayang
Tanda perasaan yang bergelora
Saksi perjuangan nan bersih

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText