Tuesday, April 3, 2012

Renungan Bersama


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Kepada para pejuang Islam dan barisan kepimpinan yang dikasihi… Janganlah jadikan jawatan, pangkat, kedudukan dan populariti yang dimiliki serta kesibukan. Menjadikan diri kita berkompromi dengan program tarbiyah.

Program tarbiyah mesti diteruskan dan dipastikan penerusannya...TIADA kompromi dengan tarbiyah dan TIADA orang yang boleh “ fauqa” (melampaui) tarbiyah. Saya tidak bimbang dengan PROGRAM SEMASA YANG TIDAK DAPAT SAMBUTAN, TP SAYA BIMBANG DENGAN PROGRAM RUTIN YANG TIADA SAMBUTAN.

Tarbiyah merupakan pembinaan tabiat dan sikap..ia memerlukan program yang dijalankan secara berterusan dan masa merupakan proses dalam pembinaan ini. Tabiat dan sikap tidak akan berubah dengan keajaiban dan sekelip mata. Ia memerlukan tempoh masa dan kesabaran. Perjuangan ini memerlukan helaan nafas yang panjang…

Wahai pejuang hizbullah, Dalam mendepani cabaran , ingatlah jangan sesekali takut kepada celaan orang yang mencela. Walau kamu berada di mana sekalipun, pasti akan ada halangan dan tentangan. Dan semua itu adalah rencam kehidupan. Perteguhkanlah jiwa dan ikhlaskanlah diri.. Mintalah bantuan daripada Allah…. Jangan lupa perkasakan kefardhuan di samping tingkatkan amalan sunat dan mujahadah nafsu… InsyaAllah Allah bersama kita….

“ JIKA KITA SIBUK MENGURUSKAN HAL2 AGAMA, TANYA DIRI SEMULA SIAPA LEBIH SIBUK DARIPADA RASULULLAH SAW.??..TP BAGINDA MASIH MENGERJAKAN AMALAN SUNAT DAN MENGHIDUPKAN QIAM, SIAPA LEBIH SIBUK BERBANDING TGNA?? PERKUATKAN JIWA DAN TINGKATKAN IBADAH UNTUK MENGHADAPI RINTANGAN, HALANGAN DAN CUBAAN…

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText